Labels

Monday, 6 March 2017

Permainan Matematik

Permainan Matematik

Permainan matematik adalah suatu benda yang digunakan untuk menyenangkan hati sambil menguasai sesuatu kemahiran terhadap nombor, pola, bentuk hubungan dan simbol. Objektif utama dalam permainan matematik bukan lah untuk bergembira tetapi adalah untuk mengembangkan kognitif kanak-kanak dengan kemahiran matematik. Memandangkan kanak-kanak suka bermain yang telah menjadi satu naluri bagi mereka, maka ilmu-ilmu dan kemahiran matematik diserapkan didalam permainan supaya mereka mempelajari secara tidak langsung. Kita sering dengar kenyataan seperti, matematik itu susah, murid tidak minat dengan matematik, nombor adalah membosankan. Oleh itu matlamat permainan matematik pula adalah untuk menarik minat pelajar untuk melakukan aktiviti matematik yang kurang digemari mereka. 

Kaedah Bermain Sambil Belajar adalah salah satu permainan dalam pembelajaran. Ia  dijalankan secara santai tetapi masih dalam pengawasan guru. Kaedah bermain sambil belajar dapat memberi kepuasan kepada murid secara sedar atau tidak. Ini kerana dalam kaedah bermain sambil belajar, terdapat unsur-unsur santai, suka-suka, gelak ketawa, tiada paksaan, tiada tekanan dan menghiburkan. Walau bagaimanapun dalam keseronokan mereka, secara tidak sedar mereka telah melalui pembelajaran. Sebagai contoh kanak-kanak bermain batu sermban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina kemahiran dalam mengira mata yang diperolehi.




No comments:

Post a Comment