Gaya Pembelajaran Pelajar
Menurut Witkin dan Goodenough (1977), gaya pembelajarn terdiri daripada 2 jenis utama iaitu;
• Bergantung Medan
• Bebas Medan
Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran Bergantung Medan suka hubungan yang tidak formal dengan guru, di mana mereka lebih bebas dalam hubungan pembangunan kemahiran interpersonal yang tinggi. Namun mereka kurang bebas dalam hubungan pembangunan penyusunan semula kemahiran kognitif, di mana mereka tidak yakin dalam mengasingkan fakta penting dan kurang penting serta menganggap semua fakta adalah penting.
Bagi pelajar yang mempunyai Bebas Medan, mereka lebih bebas dalam hubungan ke arah pembangunan penyusunan semula kemahiran kognitif dan kurang dalam perhubungan ke arah pembangunan kemahiran interpersonal. Pelajar yang Bebas Medan cenderung kepada menikmati pembelajaran secara individu, manakala pelajar yang Bergantung Medan pula lebih cenderung kepada pembelajaran secara berkumpulan.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ramlah Jantan dan Md. Nasir Masran (2007), didapati bahawa 17.6% pencapaian akademik pelajar dipengaruhi oleh gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar. Manakala 82.4% lagi dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Selain itu, turut didapati bahawa gaya pengajaran guru lebih memberi impak kepada pencapaian pelajar berbanding dengan gaya pembelajaran pelajar itu sendiri.
Rujukan
Grasha, A.F. (1994). A Matter of style: The Teacher as Expert, Formal Authority, Personal
Model, Facilitator and Delegator. In College teaching, Vol 42, issues $ (pp 12-20)
Witkin, H & Goodenough (1977). Field Dependent and Field Independent Cognitive Sytle
and Their Education Implications
No comments:
Post a Comment