Labels

Showing posts with label ISU. Show all posts
Showing posts with label ISU. Show all posts

Friday, 10 March 2017

ICT Dalam MT


                         


        Dalam usaha membina modal insan yang seimbang dari sudut intelek,emosi dan spiritualnya,maka keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh mengabaikan peranan teknologi dalam membangunkan sahsiah dan personaliti unggul manusia lebih-lebih lagi pada era digital ini.Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran wajar diberikan tumpuan dalam usaha untuk merealisasikan harapan untuk melahirkan generasi yang bijak pandai menjelang abad 2020.

                 
              Information and Communication Technology ( ICT ) ataupun dikenali sebagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan suatu kaedah yang penting yang boleh diaplikasikan penggunaannya oleh guru-guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran abad ini.Teknologi ini dan adalah salah satu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap pengetahuan yang disampaikan oleh guru dan diterima dengan pemahaman yang mendalam oleh pelajar.Bermulanya kaedah pengajaran dengan menggunakan kapur,kini dengan kemajuan sains dan teknologi telah merubah kaedah pengajaran tradisional tersebut kepada kedah pengajaran yang lebih canggih lagi iaitu penggunaan komputer,bahan elektronik,LCD,kamera digital dan lain-lain lagi dalam proses PDP abad ini.Dalam hal ini tidak dinafikan lagi kepentingan dan kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu kelebihan kepada murid dan guru.





KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (TERHADAP MURID)

               Terdapat banyak kelebihan menggunakan kemudahan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak lain tidak bukan adalah dapat menarik perhatian murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Hal ini kerana aplikasi yang digunakan seperti microsoft powerpoint,flash video dan lain-lain mempamerkan imej dan visual yang menarik dan berwarna-warni sekali gus dapat menarik lagi minat murid untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.Disamping kesan audio dan imej suara yang menarik dapat mengelakkan murid daripada mudah berasa jemu dan bosan menjalani proses pembelajaran dan pengajaran kerana lebih tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.Justeru itu suasana pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan akan menjadi lebih seronok dan murid-murid akan lebih aktif mengikuti aktiviti pembelajaran yang dijalankan.


            Meningkatkan daya kefahaman murid juga adalah salah satu kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contoh dalam pengajaran subjek sejarah yang memerlukan murid mengingati sesuatu peristiwa yang berkronologi.Guru hanya perlu menyediakan persediaan grafik contohnya tayangan filem dalam pengajaran.Hasil pengaplikasian ICT tersebut dapat merangsang daya kefahaman dan ingatan murid dengan lebih mudah kerana murid akan lebih fokus dan cenderung dengan persembahan grafik yang ditayangkan.Tidaklah mereka hanya bergantung dengan nota-nota dan catatan yang kadang kala memeningkan kepala dan menimbulkan kekeliruan untuk memahaminya.Senario ini sekali gus dapat meningkatkan prestasi murid terhadap mata pelajaran yang agak sukar dengan bantuan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT.


             Selain itu,penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat mendidik murid-murid mendalami ilmu tentang dunia teknologi disamping melatih mereka untuk lebih bersedia menghadapi masa depan pendidikan yang lebih mencabar.Contohnya dapat melatih dan mendidik mereka mengendalikan komputer dengan lebih efisyen lagi.Sebagaimana yang diketahui,kewujudan Sekolah Bestari memerlukan kemahiran penggunaan komputer dikalangan murid-murid mereka kerana hampir seratus peratus proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah dengan menggunakan sumber teknologi komunikasi maklumat ( ICT ).Sebagai contoh murid-murid dibekalkan dengan komputer yang dimasukkan di  dalamnya unsur-unsur pembelajaran mengikut silibus buku teks.Guru perlu mengajar hanya melalui komputer.Jika murid tidak berkemahiran dan tidak didedahkan dengan ilmu pengendalian komputer lebih awal, mana mungkin proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.Oleh sebab demikian penggunaan ICT amat penting kepada murid-murid kerana sedikit sebanyak membantu murid mengetahui cara pengendalian komputer sekali gus membuat persiapan awal untuk mereka lebih celik komputer bagai menyahut seruan kerajaan agar melahirkan generasi yang celik komputer pada abad ke-21 bermula daripada peringkat awal lagi.


                 
KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (TERHADAP GURU)


               Sebagaiman pentingnya penggunaan ICT kepada murid,begitu juga pentingnya penggunaan ICT kepada guru.Salah satunya adalah membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat.Secara tidak langsung guru terdedah dengan penggunaan alatan dan aplikasi ICT seperti penggunaan komputer,LCD dan lain-lain lagi melalui pengalaman yang diperoleh semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT.Pengetahuan dan kemahiran mengendalikan alatan ICT ini amat penting bagi seseorang guru itu kerana gurulah yang perlu menghadapi murid-murid abad-21 yang bersifat multimedia ini.Tidak menjadi satu kerugian kepada guru apabila mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.


           Selain itu,penggunaan ICT juga memudahkan guru menyampaikan ilmu kepada murid. Apabila guru menggunakan ICT dalam pembelajaran,keperhatian murid akan lebih tertumpu dengan pengajaran yang sedang berlangsung.Hal ini kerana tumpuan murid tidaklah hanya tertumpu terhadap nota dan catatan sahaja.Dengan adanya penggunaan ICT dalam pembelajaran,proses tersebuat akan menjadi mudah dan murid juga tidak akan berasa bosan mengikuti proses pembelajaran tersebut.Sekali gus ilmu yang disampaikan oleh guru akan lebih mudah difahami oleh murid-murid.

                       
          Disamping itu,kelebihan yang diperolehi guru apabila menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah bahan pengajaran yang telah disiapkan boleh diguna pakai semula pada masa akan datang.Sebagai contoh guru menggunakan slaid dalam pengajaran sejarah.Sepertimana yang diketahui sejarah yang ada sekarang ini tidak berubah dari dulu kini dan selamanya.Guru-guru yang menjalankan proses pengajaran sejarah dengan menggunakan slaid boleh menggunakan kembali slaid yang telah disiapkan dan menggunakannya lagi pada tahun yang akan datang.Tidak perlulah guru tersebut membuat dan menyediakan slaid yang baru kerana mereka sudah sedia ada bahan pengajaran yang lepas.Paling tidak guru hanya perlu meng'edit' atau menambah bahan dalam slaid tersebut untuk penambahbaikan.Selain memudahkan kerja ianya juga menjimatkan masa guru untuk menyediakan bahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran.


             Secara keseluruhannya,penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat banyak memberi impak positif terhadap murid-murid dan guru-guru.   Konklusinya,abad ke-21 ini adalah abad yang bersifat multimedia dan interaktif beranimasi.Setiap guru serta pelajar tidak kira di bangku sekolah rendah dan menengah mestilah didedahkan kepada teknologi multimedia bagi mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi masa depan pendidikan yang mencabar.Persiapan awal dalam pendidikan komputer dan teknologi multimedia akan memudahkan para guru dan pelajar agar celik IT dan tidak mengalami 'kejutan budaya multimedia' pada masa akan datang.


Pembelajaran abad ke-21


          Sehingga hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia dan Warga Pendidikan acap kali menyebut tentang Pendidikan Abad Ke-21. Dasar Global langit terbuka di abad ini menjadikan Malaysia mengalami kemajuan yang dramatik dalam bidang Teknologi dan Penyebaran Maklumat. Namun, untuk menjelaskan Ciri-Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, ia lebih dari sekadar anjakan paradigma proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PdP oleh guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber. Sama ada yang berasaskan teknologi maklumat atau komunikasi (ICT) untuk menghasilkan PdPc yang berkesan dan menarik.

     Kementerian Pendidikan Malaysia KPM memikul bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan agar Malaysia mampu bersaing bersama negara-negara maju di seluruh dunia. Kemahiran Abad ke-21, Ciri Pembelajaran dan Garis Panduan Pembelajaran Abad ke-21 semuanya terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah dilancarkan tidak lama dahulu.

      Memastikan keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar prasarana dan Susun Atur Bilik Darjah Alaf ke 21 yang perlu dipersiapkan. Penentu utama kejayaan, warga pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan Kemahiran Terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar-dasar yang dirancang oleh Kerajaan.



   



















Thursday, 9 March 2017

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

 


   Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru (Onosko & Newmann, 1994). KBAT dimaksudkan adalah di mana seorang individu itu perlu untuk memahami, menterjemah, menganalisis, dan memanipulasikan maklumat. KBAT juga merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

      Kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT atau HOTs) ialah kemahiran berfikir yang tidak menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga membawa maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menyenaraikan enam ciri utama yang perlu ada bagi setiap murid untuk bersaing pada peringkat global dan kemahiran berfikir merupakan salah satu daripada enam ciri tersebut.

      Kemahiran berfikir aras tinggi biasanya merujuk kepada empat tahap kemahiran teratas dalam Taksonomi Bloom edisi semakan (Anderson & Krathwohl, 2001) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta. Seseorang itu perlu lebih kreatif apabila menghadapai masalah dengan mempunyai lebih dari satu penyelesaian. Ia merupakan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Ia termasuk pemikiran kritial, pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta-kognitif. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dicetuskan melalui masalah bukan rutin iaitu masalah yang kurang jelas di mana murid dikehendaki sama ada mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
    
       Pemikiran Aras Tinggi (HOTs) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). George Polya dalam tahun 1957 berjaya membina satu model penyelesaian matematik yang dikenali sebagai " Model Polya". KBAT juga merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit.

      Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu menurut definisi yang dikeluarkan oleh Kementerian 
Pendidikan Malaysia (KPM).

       Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil.

     Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatau yang baru atau asli (Zevin, 1995) Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.


KEPENTINGAN KBAT

       KBAT merupakan satu aspek yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadi satu elemen penting di mana KBAT membantu mewujudkan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda, menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Kemahiran ini juga penting  untuk memperbaiki idea yang sudah sedia ada dan menilai idea-idea baru itu dalam konteks paradigma lama.
Ringkasnya, kemahiran berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan. Jikalau seseorang individu sering memikir dan menghasilkan idea baru dan munasabah, barulah kemahiran berfikir secara kritis dapat digunakan untuk mencari kelemahan – kelemahan dan kesilapan – kesilapan yang ada pada idea supaya dapat diperbaiki.

     KBAT amat penting dalam menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Soalan KBAT memerlukan pelajar untuk mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu maklumat daripada menyatakan semula fakta. Semasa proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung pelajar akan berfikir secara aktif, kreatif dan kritis dan ini menyebabkan pelajar kita cerdas berfikir.
Selain itu, KBAT turut memberi kepentingan dalam menghasilkan pelajar yang berfikir secara kreatif dan kritis. KBAT memerlukan pemikiran yang meluasdan mendalam dalam menyelesaikan masalah. Jadi, KBAT penting dalam membentuk pelajar yang sentiasa berfikir, bukan sahaja menyelesaikan masalah seperti masalah rutin yang hanya menyelesaikan langkah demi langkah mengikut hafalan teori. Kemahiran berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan.

     Membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah merupakan kepentingan KBAT yang lain. Kemahiran berfikir aras tinggi dapat menghasilkan idea baru dan munasabah. Pelajar yang mengaplikasikan konsep KBAT dapat membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.



TUJUAN DIPERKENALKAN KBAT

      Pengajaran di sekolah disediakan sepenuhnya untuk peperiksaan. Maka dengan mudah pelajar dapat menggarap markah sepenuhnya melalui soalan-soalan awal yang memerlukan penghafalan fakta dan sebagainya.  Justeru itu kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) diperkenalkan untuk mengubah amalan tersebut kepada konsep kefahaman sejajar dengan hasrat  hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara maju menjelang abad 21.
         



Di samping itu, tujuan lain kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) diperkenalkan adalah untuk:

1.      meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
2.      mewajarkan penyelesaian dan penemuan
3.      diperlukan untuk penyiasatan saintifik
4.      meningkatkan keupayaan murid dalam menyiasat dan meneroka idea Matematik
5.      konsep matematik dapat dipelajari dengan lebih berkesan menggunakan KBAT

Soalan “aras tinggi” menggalakkan pembelajaran sebab jenis soalan ini memerlukan pelajar mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat, bukan semata-mata mengingat fakta. Tidak semua tugasan sama, tugasan yang berbeza menggalakkan tahap dan jenis pemikiran yang berbeza. Tahap pemikiran di mana murid melibatkan diriakan menentukan tahap pembelajaran mereka. Soalan Bukan Rutin yang memerlukantahap kognitif yang lebih tinggi dapat membentuk KBAT dalam kalangan murid.


ISU DAN KESAN BERKAITAN KBAT

      Pendidikan dilaksanakanbertujuan untuk memperkukuhkan daya fikir seseorang ke tahap maksimum supaya daya fikir seseorang itu bersifat inovatif, kreatif dan imaginatif. Dengan mencerakinkan keseluruhan yang berkaitan kemahiran berfikir dalam pengajaran, memudahkan hasrat untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis. Jelas di sini, pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang terdidik dari segi kognitif, afektif dan psikomotor agar matang berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi pendidikan negara.



KESAN KBAT KEPADA MURID

     Kesan mengaplikasikan KBAT dalam mata pelajaran matematik ialah murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut.

     Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan murid. Justeru ini, proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid melakukan latihan bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis dengan mengeluarkan pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea baru. Di sinilah peluang kepada guru untuk memberi komen, galakan dan tunjuk ajar agar murid menjadi lebih produktif dan berdaya maju.


KESAN KBAT KEPADA GURU

      Kesan apabila penggunaan KBATdalam mata pelajaran matematik ialah dapat meningkatkan tahap kecekapan mereka apabila item untuk murid-murid. Melalui ini, guru-guru akan menggunakan teknologi yang canggih untuk mendapat banyak maklumat. Selain itu, guru akan lebih bersedia sebelum mula sesuatu kelas. Melalui ini, guru dapat meningkatkan tahap pembacaan mereka. Mereka akan merujuk beberapa bahan rujukan untuk menghasilkan soalan yang berunsur bukan rutin. Justeru ini, guru-guru dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka. Guru-guru akan meluangkan lebih masa untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan soalan KBAT.

       Melalui ini, guru dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada murid-murid. Ini adalah kerana, guru-guru akan menerokai pelbagai sumber untuk mendapat maklumat yang bertaraf tinggi. Di samping itu, guru akan mula untuk menggunakan inovasi dala pengajaran dan pembelajaran harian. Melalui ini, dapat pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan dapat menarik minat murid. Guru-guru juga akan menangani pelbagai cabaran yang mungkin timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


KESAN KBAT KEPADA NEGARA

      Malaysia mengambil bahagian dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, Trends in International Mathematics and Science Studies (TIMSS) sejak 1999, dan Programme for International Student Assessment (PISA) sejak 2009 untuk mengetahui prestasi murid di Malaysia dalam bidang Sains dan Matematik berbanding dengan negara lain di seluruh dunia.

      Berdasarkan dapatan daripada pentaksiran tersebut, pencapaian murid dalam kedua-dua pentaksiran Sains dan Matematik menunjukkan kadar penurunan pencapaian murid yang sangat ketara dan membimbangkan.Bagi menangani masalah tersebut, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, mensasarkan agar menjelang tahun 2025, Malaysia berada di tahap satu pertiga teratas bagi kedua-dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah diamanahkan sebagai pemegang tanggungjawab terhadap beberapa inisiatif penting yang merupakan antara usaha untuk menangani masalah kemerosotan ini.

     Kesannya penggunaan KBAT dalam mata pelajaran matematik ialah bagi meningkatkan pencapaian murid dalam kedua-dua pentaksiran berkenaan, dan seterusnya melonjakkan pencapaian Malaysia agar berada di kedudukan satu pertiga teratas dalam TIMSS dan PISA menjelang 2025.







DLP & HIP


PROGRAM DWIBAHASA
Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan inisiatif DLP dan HIP yang akan mula dilaksanakan di sekolah-sekolah pada tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM38.5 juta. Sebanyak 300 sekolah perintis akan melaksanakan Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP) sejajar dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP)
Inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) itu akan dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah bagi HIP, manakala DLP akan dilakukan secara pilihan. Jom kita tengok apa lagi maklumat yang berkaitan dengan DLP dan HIP yang kita boleh pelajari.

DLP (Dual Language Programme)
- program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan pengetua serta kesediaan sekolah melaksanakannya. 
- antara syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain daripada mempunyai sumber yang mencukupi sperti kesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa dan sokongan ibubapa.
- program ini selaras dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.
- sekolah yang terpilih boleh menawarkan DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula tahun depan. Buat permulaan, program ini ditawarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).



HIP (High Immersive Programme)
- program bagi meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dengan menanamkan sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris. 
- dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan beberapa negeri seperti Perlis dan Perak menjadi negeri pilot.
- pendekatan dengan memberi fokus kepada pengupayaan sekolah, oleh sekolah dan untuk sekolah. 
- sekolah akan dibekalkan dengan sarana pelaksanaan supaya aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan konteks dan kemampuan sekolah dan komuniti.



Cabaran dan Kekangan

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong
Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia

Kementerian Pendidikan digesa mengkaji semula pelaksaan program baharu DLP kerana dilihat seolah-olah mengembalikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan pada 2009.

Sebaliknya, beliau menyokong pelaksanaan Program Imersif Tinggi (HIP) kerana program dilihat selari dengan dasar memartabatkan bahasa Melayu serta memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam komuniti sekolah.

"Saya tidak bersetuju dengan pengembalian 'PPSMI yang baharu' ini. Semua pihak sudah melihat impak negatif yang dibawa dasar tersebut kepada pendidikan negara tetapi tidak sampai 10 tahun perkara ini ditimbulkan semula menggunakan nama baharu.

"Mungkin pelaksanaan DLP tidak menjadi masalah kepada sesetengah murid di kawasan bandar kerana mereka mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik tetapi bagaimana pula dengan mereka di luar bandar. Bahasa perlu diperkukuhkan sebelum diajar dalam subjek lain, " katanya lagi. 



Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
Ahli Jawatankuasa Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara

Pengukuhan terhadap pendidikan literasi atau bahasa perlu diutamakan berbanding numerasi.

Kedua-dua program yang ingin dilaksanakan perlu mematuhi prasyarat tersebut bagi mengelakkan kegagalan PPSMI berulang kembali.

"Jika dahulu, PPSMI menjadi satu polemik yang akhirnya memaksa kerajaan memansuhkan dasar berkenaan kerana murid-murid belum mampu menguasai bahasa Inggeris. Kajian jelas menunjukkan pembelajaran literasi adalah sesuatu yang sukar.

"Dalam tempoh 10 minggu, pencapaian murid dalam literasi adalah 85 peratus sebaliknya hampir keseluruhan daripada mereka mampu menguasai numerasi kurang daripada tempoh berkenaan. Jadi literasi atau HIP perlu diutamakan kementerian berbanding DLP," tegasnya lagi.

Pengabungjalinan dan peyerapan


1. Pengenalan 
Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Konsep  ini  merupakan  aspek  penting  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  kerana melalui  proses  ini  pelajar  dapat  menyesuaikan  maklumat  dalam  ransangan  serta menghasilkan  satu  pelajaran  yang  bersepadu  dan  menyeluruh  serta  mengelakkan kebosanan  dalam  kalangan  murid.  Konsep  5P  terdiri  daripada  proses  penggabungjalinan  kemahiran,  penyerapan  pengetahuan,  penerapan  nilai  murni, pemulihan dan juga pengayaan. Saya akan bincangkan tentang kepentingan penggabujalinan kemahiran dan juga peyerapan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung dan tidak langsung dalam semua matapelajaran yang diajar di sekolah rendah. 
.
2. Kebaikan Konsep  Pengabungjalinan Kemahiran 
Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang pertama, penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran yang ada didalam satu matapelajaran itu. Keduanya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa matapelajaran yang lain. Penyerapan pendekatan gabungjalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah satu inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan murid

Strategi  penggabungjalinan  kemahiran  ialah  satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan  pembelajaran  bagi  mewujudkan  satu  pelajaran  yang  intergratif  dan menyeluruh. Ia juga merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh  dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan strategi  ini dilaksanakan  ialah bagi membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak  serta  meningkatkan  keberkesanan  proses  pengajaran  dan pembelajaran.  Selain  itu  strategi  ini  juga  penting  untuk menarik minat murid  terhadap proses pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran  lebih bermakna kepada murid. Proses penggabungjalinan kemahiran juga dapat memberi  ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid  secara  seimbang  dan  menyeluruh  melalui  pelbagai  aktiviti  yang dilaksanakan di dalam  kelas  yang melibatkan murid  secara aktif. 
3. Jenis – Jenis Pengabungjalinan Kemahiran

Terdapat  tiga  jenis  bentuk  penggabungjalinan  kemahiran  iaitu  penggabungjalinan  pelbagai  kemahiran  dalam  satu  mata  pelajaran, penggabungjalinan  kemahiran  daripada  mata  pelajaran  lain  dan penggabungjalinan kemahiran merentasi kurikulum. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran  dalam  satu  mata  pelajaran  ialah  apabila  proses  pengajaran  dan pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan  lain-lain. Penggabungjalinan  ini memerlukan  sekurang-kurangnya  dua  kemahiran yang  digabungkan  dalam  sesuatu  proses  pengajaran  dan  pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama yang  hendak  disampaikan  sebagaimana  yang  terdapat  dalam  objektif pengajaran  dan  pembelajaran  manakala  kemahiran  sampingan  pula  ialah kemahiran  yang  digabungkanjalinkan  setelah  dipilih  berdasarkan  kaitannya dengan kemahiran yang di fokus.    
Terdapat  beberapa  langkah  yang  boleh  diambil  dalam  pelaksanaan pengajaran  yang  melibatkan  proses  penggabungjalinan  seperti  membuat penelitian  terhadap keperluan mata pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran yang  di  fokus  dan    kemahiran  sampingan  yang  akan  terlibat  ketika  proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penilitian  ini sangat penting dalam menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar objektif  pengajaran  dapat  dicapai.  Di  samping  itu  guru  perlu  memastikan keutamaan  kemahiran  agar  kemahiran  fokus  dapat  dikuasai  oleh  murid berbanding kemahiran sampingan.  Selain  itu  guru  juga  perlu menetapkan  susunan  atau  tertib  kedudukan kemahiran-kemahiran  tersebut  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran. Sebagai  persediaan  sebelum  bermulanya  proses  pengajaran  guru  boleh menyediakan keperluan bahan-bahan yang diperlukan bagi  tujuan pelaksanaan kemahiran-kemahiran tersebut selaras dengan objektif mata pelajaran. Melalui penggabungjalinan ini dapat Megembangkan pelbagai kemahiran dalam satu matapelajaran contohnya mengabungkan kemahiran lisan dengan  membaca dan kemahiran membaca dengan menulis. Pengabungan aktiviti dalm kelas, secara berkumpulan atau individu.

Bentuk  penggabungjalinan  yang  seterusnya  ialah  penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran  lain.Proses  ini memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran  yang  terdapat  di  dalam  sesuatu mata  pelajaran  lain  ke dalam  mata  pelajaran  yang  diajar.  Sebagai  contoh  yang  jelas  dapat  dilihat penggabungjalinan  yang diaplikasikan  ialah    seperti penggabungan  kemahiran dalam mata  pelajaran   Pendidikan Seni Visual  dengan mata  pelajaran Kajian Tempatan    iaitu  melalui  aktiviti  seperti  melukis  Jalur  Gemilang  atau  pelan kedudukan  sekolah. Penggabungjalinan  ini perlu diwujudkan antara  satu mata pelajaran  dengan  mata  pelajaran  lain  bagi  meningkatkan  kemahiran  dalam kalangan murid.  Penggabungjalinan  kemahiran  merentasi  kurikulum  pula  melibatkan kemahiran-kemahiran yang  terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran ini mempunyai hubungan dan  berkait  rapat  dengan  kehidupan  seharian  murid.  Oleh  itu  kemahiran-kemahiran  ini  perlu  dititik beratkan  oleh  setiap  guru  semasa  proses  pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu guru  juga perlu menitikberatkan  soal kemahiran pelbagai kecerdasan serta kemahiran generik kerana kemahiran ini melibatkan  kecerdasan murid  dan  penting  untuk  proses  pertumbuhan  dan perkembangan murid.  

Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran  ini objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan  pembelajaran  lebih menarik  dan  bermakna.  Proses  ini  juga   merupakan suatu pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata  pelajaran  lain.  Kemahiran  sampingan  yang  terdapat  dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain  itu murid-murid  juga berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran  yang  perlu  dalam  kehidupan.  Kemahiran-kemahiran  yang  telah mereka perolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam  aktiviti  kehidupan  seharian  seperti  membaca,  menulis,  melukis  dan mengira.  

4. Contoh Pengabungjalinan
4.1 : Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran.
Contoh pertama ialah  permainan - bola jaring. Di dalam permainan ini, terdapat pelbagai kemahiran yang didedahkan kepada murid seperti menghantar, membaling, menjaring, menangkap dan sebagainya. Guru boleh menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam setiap sesi pengajarannya, contohnya dalam sesi yang pertama guru boleh menggabungkan kemahiran membaling dan menangkap bola. Semasa sesi ini , murid dikehendaki belajar membaling bola dalam jarak yang ditetapkan sebelum menangkap dengan teknik yang betul. Di sini, kita dapat perolehi satu contoh penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani.
4.2 Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain. 
Contoh kedua ialah aktiviti – regangan. Aktiviti ini dijalankan semasa waktu pendidikan jasmani.  Di dalam aktiviti ini, guru boleh menerapkan kemahiran membilang dan mengira nombor yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru hanya perlu meminta murid-murid membuat pergerakan regangan sambil mengira dari nombor satu hingga ke nombor lapan. Melalui aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat memperbaiki kekuatan memori mereka terhadap angka.
4.3 Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.
Contoh ketiga aktiviti – senamtari (senamrobik). Aktiviti ini melibatkan pergerakan badan, aktiviti membilang nobor  dan pergerakan mengikut muzik. Guru akan memasang muzik yang rancak dan berbeza rentak. Kemudian pula meminta murid-murid melakukan pergerakan fizikal mengikut rentak lagu yang di mainkan. Ketika murid melakukan pergerakan badan, mereka juga dikehendaki untuk membilang nombor secara beramai-ramai dari nombor satu sehingga nombor lapan supaya pergerakan mereka menjadi seragam, kemas dan teratur. Pengajaran yang dijalankan secara begini akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Ia bergantung kepada keupayaan seseorang  guru untuk memberi penerangan yang jelas kepada murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut
4.4  Pengabungjalinan dalam Bahasa Malaysia
Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa Malaysia bukanlah suatu konsep yang baru. Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa merupakan satu keseluruhan yang melibatkan semua aspek kemahiran, sama ada mendengar,bertutur, membaca dan menulis atau sebagainya. Dalam hal ini, guru-guru bahasa sebenarnya sama ada sengaja atau tidak sengaja memang telah  menggabungjalinkan aspk-aspek bahasa itu. Tetapi apa yang disarankan oleh sukatan pelajaran adalah supaya penggabungan itu dapat dilakukan dengan cara yang lebih sistematik, teratur, dan lebih luas lagi.. Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan  untuk mengelakkan “compartmentalization” iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di sebaliknya ,ia bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran lebih berkesan. 
Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu matapelajaran Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Di dalam pengajaran bahasa, terdapat 4 kemahiran yang sering dijalankan dalam kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur membaca, dan kemahiran menulis. Guru bolehlah  menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalm sesuatu pengajaran. Ia perlu diingat bahawa susunan ataucara penggabungjalinan itu adalah mudah berubah. Ia mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia dirancangkan, maka guru hendaklah mengetahui perkara – perkara berikut :

a) Apakah objektif yang hendak dicapai?
b)  Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan?
c)Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan? 

Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang diperuntukkan.setiap masa guru hendaklah merancang kemahiran dan memfokuskan kemahiran-kemahiran sampingan yang mengukuhkan kemahiran asas. Misalnya, jika bacaan dan kefahaman menjadi kemahiran fokus maka kemahiran menulis sebagai kemahiran sampingan mengukuhkan kemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak ditumpukan kepada kemahiran membaca dan kefahaman. 
Penggabungan yang kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa matapelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran bahasa, kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik.Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik pula menjadi kemahiran sampingan.

CONTOH PENGABUNGJALINAN MATAPELAJARAN. :

Tajuk : Kawan saya.
Kemahiran Bahasa : Membaca dan menulis tentang kawan saya
.Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya.
Kemahiran Muzik : Menyanyi lagu Kawan Saya 

Bagi  mengukuhkan perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan.Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran-kemahiran dalam beberapa mata pelajaran boleh dikukuhkan dengan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada beberapa mata pelajaran tersebut dalam beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk atau tema tertentu.Bahasa  

:a) Kemahiran lisan (mendengar / bertutur)
b) Kemahiran membacac) Kemahiran menulisPendidikan Seni :
c) Kemahiran melukis
d) Kemahiran mewarnaPendidikan Muzik : 
e)Kemahiran menyanyi

5. Penyerapan Pengetahuan 
Penyerapan  pengetahuan  melibatkan  proses  penyebatian  dan  penyepaduan pengetahuan atau unsur  isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran  lain ke dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan antara stu sama lain  dan amat  berguna  bagi mata  pelajaran  lain.  Sebagai  contohnya  isi  pengetahuan daripada  mata  pelajaran  Sains  dan  Matematik  diserapkan  seiring  dengan penguasaan  kemahiran-kemahiran  dalam  mata  pelajaran  Pendidikan  Seni Visual.  Konsep  ini  sedikit  berbeza  dengan  konsep  penggabungjalinan  kerana proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran.

Semasa proses  ini dijalankan  murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang  lain. Hasil daripada penyerapan  ini maka  wujudlah  beberapa  kelebihan  kepada  proses  pengajaran  dan pembelajaran. Antaranya ialah   aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  dapat menjadi  lebih  menarik  walaupun  tajuk  yang  hendak  dipelajari  pada  asalnya bersifat sebaliknya.  Oleh  itu  secara  tidak  langsung  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran menjadi  lebih merancang, produktif serta efektif. Penguasaan  ilmu yang  lebih  luasoleh murid  juga turut berlaku  kerana  pelbagai maklumat  dapat  disampaikan disamping itu  murid-murid menjadi  lebih  faham  dengan  sesuatu matapelajarnya   yang  telah  dipelajarinya  melalui penyerapan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung isi pengajaran  telah dihubungkaitkan dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Guru haruslah bijak memilih  isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran  lain bagi  meransang minat murid  terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.


6. Kabaikan Penyerapan
Kebaikan  Penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. Kelebihan ke dua ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain,murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif.
Terakhir, murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran mewarna dan melukis sahaja

7. Kesimpulan
Penggabungjalinan dan penyerapan berlaku serentak. Guru mengajar dengan menggunakan isi daripada Alam dan Manusia dan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran Bahasa, Pendidikan Seni, dan Muzik. Mata pelajaran Alam dan Manusia meliputi unsur-unsur geografi, sains, sejarah,sivik, dan kesihatan, dan pengetahuan-pengetahuan lain tentang manusia dan alam sekitarnya.Mata pelajaran Alam dan Manusia tidak diajar secara bersendirian pada tahap 1 tetapi isi kandungan dan kemahiran-kemahiran diserapkan dan dipadukandalam program bahasa. Pada tahap (2), barulah mata pelajaran itu diajar sebagai satu mata pelajaran yang tersendiri. Strategi penggabungjalinan dan penyerapan digunakan secara meluas bagi menyampaikan pengetahuan-pengetahuan Alam danManusia.

Wednesday, 8 March 2017

Pembelajaran Kooperatif

Pembelajaran kooperatif merupakan suatu pembelajaran kelompok dengan jumlah peserta didik 2-5 orang dengan gagasan untuk saling memotivasi antara anggotanya untuk saling membantu agar tercapainya suatu tujuan pembelajaran yang maksimal. Berikut ini merupakan beberapa pengertian pembelajaran kooperatif (cooperative learning) menurut para ahli.

cooperative-learning

Depdiknas (2003:5) “Pembelajaran Kooperatif (cooperative learning) merupakan strategi pembelajaran melalui kelompok kecil siswa yang saling bekerja sama dalam memaksimalkan kondisi belajar untuk mencapai tujuan belajar”.
Bern dan Erickson (2001:5) “Cooperative learning (pembelajaran kooperatif) merupakan strategi pembelajaran yang mengorganisir pembelajaran dengan menggunakan kelompok belajar kecil di mana siswa bekerja sama untuk mencapai tujuan belajar”.
Johnson, et al. (1994); Hamid Hasan (1996) “Belajar kooperatif adalah pemanfaatan kelompok kecil (2-5 orang) dalam pembelajaran yang memungkinkan siswa bekerja bersama untuk memaksimalkan belajar mereka dan belajar anggota lainnya dalam kelompok”.
Suprijono, Agus (2010:54) “Model pembelajaran kooperatif adalah konsep yang lebih luas meliputi semua jenis kerja kelompok termasuk bentuk-bentuk yang dipimpin oleh guru atau diarahkan oleh guru”.
Slavin (Isjoni, 2011:15)  “In cooperative learning methods, students work together in four member teams to master material initially presented by the teacher”. Ini berarti bahwa cooperative learning atau pembelajaran kooperatif adalah suatu model pembelajaran dimana sistem belajar dan bekerja kelompok-kelompok kecil berjumlah 4-6 orang secara kolaboratif sehingga dapat merangsang peserta didik lebih bergairah dalam belajar. Dari beberapa pengertian menurut para ahli dapat disimpulkan bahwa pembelajaran kooperatif adalah cara belajar dalam bentuk kelompok-kelompok kecil yang saling bekerjasama dan diarahkan oleh guru untuk mencapai tujuan pembelajaran yang diharapkan”.
Eggen and Kauchak (1996:279) “Pembelajaran kooperatif merupakan sebuah kelompok strategi pengajaran yang melibatkan siswa bekerja secara berkolaborasi untuk mencapai tujuan bersama”.
Sunal dan Hans (2000) “Cooperative learning merupakan suatu cara pendekatan atau serangkaian strategi yang khusus dirancang untuk memberi dorongan kepada peserta didik agar bekerja sama selama proses pembelajaran”.
Stahl (1994) “Cooperative learning dapat meningkatkan belajar siswa lebih baik dan meningkatkan sikap tolong menolong dalam perilaku sosial”.
Kauchak dan Eggen dalam Azizah (1998) “Cooperative learning merupakan strategi pembelajaran yang melibatkan siswa untuk bekerja secara kolaboratif dalam mencapai tujuan”.
Djajadisastra (1982) “Metode belajar kelompok merupakan suatu metode mengajar dimana murid-murid disusun dalam kelompok-kelompok waktu menerima pelajaran atau mengerjakan soal-soal dan tugas-tugas”.

Akses dan Ekuiti


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan berhasrat untuk mencapai lima bidang keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Bidang keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang turut disuarakan serta setanding dengan keberhasilan yang ditetapkan oleh sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain. Bagi merealisasikan lima aspirasi berkenaan, setiap tindakan yang diambil adalah penting dan tidak ada inisiatif dalam mana-mana aspek berkenaan yang boleh menjejaskan atau menghalang kemajuan yang lainnya. Objektif PPPM 2013-2025 salah satunya ialah untuk memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid serta mengoptimumkan kecekapan sistem.



Akses dan ekuiti berkait rapat antara satu sama lain dan amat penting dalam meningkatkan tahap pendidikan yang berkualiti di Malaysia. Buktinya dengan pelaksanaan PPPM 2013-2025 yang mempunyai matlamat atau objektif untuk meluaskan akses dan meningkat ekuiti agar semua warganegara memperoleh peluang pendidikan berkualiti secara keseluruhannya. Input pendidikan diagih secara adil kepada semua institusi pendidikan bagi membolehkan semua pelajar menikmati pembelajaran sebenar pada tahap optimum. Pembangunan sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

Secara umum, akses dan ekuiti dalam pendidikan bermaksud menghapuskan jurang dan membuka peluang kepada rakyat yang berbeza dari segi keperluan dan kebolehan bagi mendapatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui pendidikan secara sama rata. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akses bermaksud proses atau cara untuk mencapai atau memperoleh sesuatu data dan maklumat capaian. Salah satu bidang keberhasilan utama dalam PPPM ialah akses dimana setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian Pendidikan juga berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas iaitu Tingkatan 5 menjelang 2020.


Manakala bagi ekuiti pula, definisi mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud pemilikan sama rata dalam sesebuah organisasi. Definisi lain bagi ekuiti ialah saksama dan adil. Merujuk kepada lima bidang keberhasilan PPPM 2013-2025, ekuiti iaitu sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender, latar belakang sosioekonomi, bangsa, etnik, budaya dan amalan atau cara hidup. Kementerian Pendidikan berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.

Pendekatan Pengajaran


Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagai "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Selain itu, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Ini bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan, guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

Dalam sesuatu mata pelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan hendaklah berjaya menarik minat pelajar dan mencabar kebolehan mereka. Kritera ini amat penting untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif dalam usaha untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Kaedah pengajaran yang lebih bersifat ‘spoon feed’, dan induktif yang hanya mementingkan pelajar menerima apa sahaja apa yang disampaikan oleh guru kini tidak lagi sesuai. Hal ini selaras dengan pembaharuan kurikulum yang berlaku serta perubahan budaya belajar dan budaya mengajar pada era perkembangan informasi maklumat yang berlaku dalam masyarakat moden masa kini.


Oleh yang demikian, gaya pengajaran guru juga perlu berubah kepada bentuk gaya pengajaran lain yang boleh memantapkan gaya pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik terutamanya dalam Matematik. Kaedah pengajaran secara tradisional dilihat tidak membantu pelajar dalam mempraktikan gaya pembelajaran yang berkesan. Sebagai seorang guru terlatih, semestinya telah banyak mempelajari pelbagai jenis gaya pengajaran untuk guru-guru mengaplikasikan gaya pengajaran yang sesuai supaya selari dengan gaya pembelajaran pelajar.

Tuesday, 7 March 2017

Cabaran Guru Abad ke-21



Keberhasilan pendidikan yang diterjemahkan dengan pembangunan modal insan yang berkualiti masih merupakan sandaran negara ke arah negara maju. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar yang perlu dihayati oleh semua warga pendidikan terutama guru-guru di bilik darjah. Peranan dan komitmen mereka amat diperlukan dan malah tugas menjadi sangat mencabar dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21. Guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran menjadi sandaran Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti dihasrat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan pendidikan masa lampau. Tujuan pembelajaran Abad Ke-21 adalah untuk melahirkan murid yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Oleh yang demikian bagi memastikan objektif pengajaran dapat dicapai, guru-guru perlu terlebih dahulu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut sebelum dalam melaksanakan pengajaran dengan berkesan. Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-murid masa lalu. Muridmurid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih mempunyai akses kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi. Justeru, sebagai guru yang berwibawa, guru-guru perlu melengkapkan diri kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Usaha-usaha ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tidak sedikit dan sebagai bagi guru yang komited, segala kepayahan dan cabaran akan terbayar jika anak didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya.






Monday, 6 March 2017

Permainan Matematik

Permainan Matematik

Permainan matematik adalah suatu benda yang digunakan untuk menyenangkan hati sambil menguasai sesuatu kemahiran terhadap nombor, pola, bentuk hubungan dan simbol. Objektif utama dalam permainan matematik bukan lah untuk bergembira tetapi adalah untuk mengembangkan kognitif kanak-kanak dengan kemahiran matematik. Memandangkan kanak-kanak suka bermain yang telah menjadi satu naluri bagi mereka, maka ilmu-ilmu dan kemahiran matematik diserapkan didalam permainan supaya mereka mempelajari secara tidak langsung. Kita sering dengar kenyataan seperti, matematik itu susah, murid tidak minat dengan matematik, nombor adalah membosankan. Oleh itu matlamat permainan matematik pula adalah untuk menarik minat pelajar untuk melakukan aktiviti matematik yang kurang digemari mereka. 

Kaedah Bermain Sambil Belajar adalah salah satu permainan dalam pembelajaran. Ia  dijalankan secara santai tetapi masih dalam pengawasan guru. Kaedah bermain sambil belajar dapat memberi kepuasan kepada murid secara sedar atau tidak. Ini kerana dalam kaedah bermain sambil belajar, terdapat unsur-unsur santai, suka-suka, gelak ketawa, tiada paksaan, tiada tekanan dan menghiburkan. Walau bagaimanapun dalam keseronokan mereka, secara tidak sedar mereka telah melalui pembelajaran. Sebagai contoh kanak-kanak bermain batu sermban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina kemahiran dalam mengira mata yang diperolehi.




Sunday, 5 March 2017

i-Think

I-think
i-THINK memperkenalkan Peta Pemikiran. Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta Pemikiran mampu membantu menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik.  Peta Pemikiran adalah merupakan salah satu cabang alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri. Antara jenis peta pemikiran yang dicadangkan di dalam pengaplikasian program ini adalah Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok , Peta Dakap , Peta Alir, Peta Pelbagai Alir dan Peta titi.

1. Peta Bulatan
Proses pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks

o Sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk dengan  memberikan maklumat mengikut konteks.

Langkah Membina Peta Bulatan

1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.
3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah kata pembayang yang dapat membantu mendefinisikan topik?
2. Bagaimana anda tahu tentang ................... ?
3. Adakah anda tahu bahawa ...........................?
4. Bagaimana mendefinisikan/memperkenalkan idea/topik ini?
5. Apakah yang anda fikir tentang .......................?

2. Peta Buih
Proses pemikiran: Menerangkan atau memperihalkan menggunakan adjektif


o Memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Ia biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian

Langkah Membina Peta Buih

1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.
2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat bagi topik tersebut.
3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.
4. Senaraikan seberapa banyak kata / frasa adjektif berkaitan sama ada positif / negatif . Warna yang berbeza boleh digunakan.
5. Contoh:
Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas
Frasa Adjektif- bertelinga besar, berion positif, bersisik tebal.

Soalan-soalan berkaitan

1. Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda, idea, konsep, gambar,...?
2. Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini?
3. Apakah sifat bagi konsep/nombor ini?
4. Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini?

3. Peta Buih Berganda
Proses pemikiran: Banding beza 


o Membanding beza sesuatu.

Langkah Membina Peta Buih Berganda
1. Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek / idea) yang ingin dibandingkan.
2. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
3. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama.
4. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.
5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.
6. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah persamaan dan perbezaan antara 2 topik ini?
2. Bagaimanakah kita dapat membanding beza kedua-duanya?

4. Peta Pokok
Proses Pemikiran: Membuat pengelasan


o Mengklasifikasi bahan atau idea.

Langkah Membina Peta Pokok

1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.

Soalan-soalan berkaitan

1. Bagaimanakah anda mengasingkan semua maklumat yang telah dikumpulkan?
2. Bolehkah anda mengasingkan/mengelaskan objek-objek ini mengikut kumpulannya?
3. Apakah idea/penjelasan yang menerangkan/menyokong idea utama ini?
4. Apakah contoh bagi setiap kategori ini?
5. Adakah item ini sesuai untuk ditulis dalam beberapa kategori yang telah dipilih?
6. Adakah cara yang lebih baik untuk mengelaskan bahan/alatan ini?

5.  Peta Dakap
Proses Pemikiran: Hubungan bahagian-seluruh


o Menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagaian kedua ialah bahagian utama.

Langkah Membina Peta Dakap

1. Digunakan untuk mengkaji / menganalisa objek secara fizikal / maujud
2. Tuliskan bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya.
3. Tuliskan bahagian / pecahan utama.
4. Tuliskan bahagian / komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.
5. Lukiskan ( { ) untuk menggabungkan / menyatukan objek dan komponennya.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah nama objek ini?
2. Apakah bahagian / komponen utama objek ini?
3. Apakah komponen yang lebih kecil bagi setiap komponen utama objek ini?
4. Adakah bahagian / komponen ini merupakan sebahagian daripada .....?
5. Bahagian / komponen manakah yang telah hilang / tiada dalam gambar rajah ini?


6.  Peta Alir

Proses Pemikiran: Urutan

o Membuat urutan sesuatu
Langkah Membina Peta Alir

1. Tuliskan tajuk ( peristiwa / langkah)
2. Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan / membina / membuat......
3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan.
8. Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah?




Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah tajuk bagi peristiwa ini?
2. Apakah langkah / peringkat bagi setiap peristiwa?
3. Adakah terdapat penjelasan lanjut bagi langkah tertentu?
4. Apakah langkah pertama yang perlu ditulis sebelum dan selepas peringkat yang sedang dibincang?
5. Apakah yang berlaku selepas itu?
6. Bagaimanakah aturan yang terbaik untuk menyusun peristiwa ini?

7. Peta Pelbagai Alir
Proses Pemikiran: Sebab dan akibat


o Menunjuk dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di bahagian tengah adalah peristiwa yang penting. Pada sebelah kirinya adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala sebelah kanan pula adalah akibat peristiwa tersebut.

Langkah Membina Peta Pelbagai Alir

1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan kesan.
2. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.
3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.
4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.
5. Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan.
6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.
8. Cadangan Topik – Saya berjaya dalam peperiksaan.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah sebab dan kesan peristiwa ini?
2. Mengapakah peristiwa ini berlaku? (cause)
3. Apakah pengajaran disebalik peristiwa ini?
4. Apakah yang akan berlaku jika .................. berlaku?



8. Peta titi

Proses Pemikiran: Analogi, hubungan yang sama, mencari faktor penghubungan

o Mengaplikasi proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Langkah Membina Peta Titi

1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan
faktor penghubung (relating factor) di bahagian kiri.
2. Faktor penghubung (RF) adalah frasa setara yang
mengaitkan analogi.
3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya
pasangan yang berkaitan.
4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.
5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh puncak. ( ).
6. Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat.
7. Sentiasa meletakkan ‘as’ yang bererti sama seperti pada peta titi.

Soalan-soalan berkaitan

1. Apakah faktor penghubung antara dua contoh ini?
2. Bagaimana kedua-dua perkataan ini dapat dikaitkan?
3. Apakah ayat yang dapat dibina dengan dua perkataan ini?
4. Adakah perkaitannya sama bagi semua contoh yang ditunjukkan?
5. Apakah pasangan lain yang mempunyai perkaitan yang sama?