1. Pengenalan
Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni, pemulihan dan juga pengayaan. Saya akan bincangkan tentang kepentingan penggabujalinan kemahiran dan juga peyerapan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung dan tidak langsung dalam semua matapelajaran yang diajar di sekolah rendah.
.
2. Kebaikan Konsep Pengabungjalinan Kemahiran
Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang pertama, penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran yang ada didalam satu matapelajaran itu. Keduanya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa matapelajaran yang lain. Penyerapan pendekatan gabungjalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah satu inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan murid
Strategi penggabungjalinan kemahiran ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Ia juga merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan strategi ini dilaksanakan ialah bagi membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu strategi ini juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada murid. Proses penggabungjalinan kemahiran juga dapat memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif.
3. Jenis – Jenis Pengabungjalinan Kemahiran
Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentasi kurikulum. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah apabila proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain. Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagaimana yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran sampingan pula ialah kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran yang di fokus.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan pengajaran yang melibatkan proses penggabungjalinan seperti membuat penelitian terhadap keperluan mata pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran yang di fokus dan kemahiran sampingan yang akan terlibat ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penilitian ini sangat penting dalam menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar objektif pengajaran dapat dicapai. Di samping itu guru perlu memastikan keutamaan kemahiran agar kemahiran fokus dapat dikuasai oleh murid berbanding kemahiran sampingan. Selain itu guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib kedudukan kemahiran-kemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai persediaan sebelum bermulanya proses pengajaran guru boleh menyediakan keperluan bahan-bahan yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan kemahiran-kemahiran tersebut selaras dengan objektif mata pelajaran. Melalui penggabungjalinan ini dapat Megembangkan pelbagai kemahiran dalam satu matapelajaran contohnya mengabungkan kemahiran lisan dengan membaca dan kemahiran membaca dengan menulis. Pengabungan aktiviti dalm kelas, secara berkumpulan atau individu.
Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.Proses ini memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh yang jelas dapat dilihat penggabungjalinan yang diaplikasikan ialah seperti penggabungan kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran Kajian Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti melukis Jalur Gemilang atau pelan kedudukan sekolah. Penggabungjalinan ini perlu diwujudkan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid. Penggabungjalinan kemahiran merentasi kurikulum pula melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran ini mempunyai hubungan dan berkait rapat dengan kehidupan seharian murid. Oleh itu kemahiran-kemahiran ini perlu dititik beratkan oleh setiap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu guru juga perlu menitikberatkan soal kemahiran pelbagai kecerdasan serta kemahiran generik kerana kemahiran ini melibatkan kecerdasan murid dan penting untuk proses pertumbuhan dan perkembangan murid.
Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran ini objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Proses ini juga merupakan suatu pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain. Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-kemahiran yang telah mereka perolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian seperti membaca, menulis, melukis dan mengira.
4. Contoh Pengabungjalinan
4.1 : Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran.
Contoh pertama ialah permainan - bola jaring. Di dalam permainan ini, terdapat pelbagai kemahiran yang didedahkan kepada murid seperti menghantar, membaling, menjaring, menangkap dan sebagainya. Guru boleh menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam setiap sesi pengajarannya, contohnya dalam sesi yang pertama guru boleh menggabungkan kemahiran membaling dan menangkap bola. Semasa sesi ini , murid dikehendaki belajar membaling bola dalam jarak yang ditetapkan sebelum menangkap dengan teknik yang betul. Di sini, kita dapat perolehi satu contoh penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani.
4.2 Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain.
Contoh kedua ialah aktiviti – regangan. Aktiviti ini dijalankan semasa waktu pendidikan jasmani. Di dalam aktiviti ini, guru boleh menerapkan kemahiran membilang dan mengira nombor yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru hanya perlu meminta murid-murid membuat pergerakan regangan sambil mengira dari nombor satu hingga ke nombor lapan. Melalui aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat memperbaiki kekuatan memori mereka terhadap angka.
4.3 Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.
Contoh ketiga aktiviti – senamtari (senamrobik). Aktiviti ini melibatkan pergerakan badan, aktiviti membilang nobor dan pergerakan mengikut muzik. Guru akan memasang muzik yang rancak dan berbeza rentak. Kemudian pula meminta murid-murid melakukan pergerakan fizikal mengikut rentak lagu yang di mainkan. Ketika murid melakukan pergerakan badan, mereka juga dikehendaki untuk membilang nombor secara beramai-ramai dari nombor satu sehingga nombor lapan supaya pergerakan mereka menjadi seragam, kemas dan teratur. Pengajaran yang dijalankan secara begini akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Ia bergantung kepada keupayaan seseorang guru untuk memberi penerangan yang jelas kepada murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut
4.4 Pengabungjalinan dalam Bahasa Malaysia
Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa Malaysia bukanlah suatu konsep yang baru. Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa merupakan satu keseluruhan yang melibatkan semua aspek kemahiran, sama ada mendengar,bertutur, membaca dan menulis atau sebagainya. Dalam hal ini, guru-guru bahasa sebenarnya sama ada sengaja atau tidak sengaja memang telah menggabungjalinkan aspk-aspek bahasa itu. Tetapi apa yang disarankan oleh sukatan pelajaran adalah supaya penggabungan itu dapat dilakukan dengan cara yang lebih sistematik, teratur, dan lebih luas lagi.. Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan untuk mengelakkan “compartmentalization” iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di sebaliknya ,ia bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran lebih berkesan.
Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu matapelajaran Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Di dalam pengajaran bahasa, terdapat 4 kemahiran yang sering dijalankan dalam kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur membaca, dan kemahiran menulis. Guru bolehlah menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalm sesuatu pengajaran. Ia perlu diingat bahawa susunan ataucara penggabungjalinan itu adalah mudah berubah. Ia mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia dirancangkan, maka guru hendaklah mengetahui perkara – perkara berikut :
a) Apakah objektif yang hendak dicapai?
b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan?
c)Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan?
Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang diperuntukkan.setiap masa guru hendaklah merancang kemahiran dan memfokuskan kemahiran-kemahiran sampingan yang mengukuhkan kemahiran asas. Misalnya, jika bacaan dan kefahaman menjadi kemahiran fokus maka kemahiran menulis sebagai kemahiran sampingan mengukuhkan kemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak ditumpukan kepada kemahiran membaca dan kefahaman.
Penggabungan yang kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa matapelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran bahasa, kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik.Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik pula menjadi kemahiran sampingan.
CONTOH PENGABUNGJALINAN MATAPELAJARAN. :
Tajuk : Kawan saya.
Kemahiran Bahasa : Membaca dan menulis tentang kawan saya
.Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya.
Kemahiran Muzik : Menyanyi lagu Kawan Saya
Bagi mengukuhkan perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan.Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran-kemahiran dalam beberapa mata pelajaran boleh dikukuhkan dengan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada beberapa mata pelajaran tersebut dalam beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk atau tema tertentu.Bahasa
:a) Kemahiran lisan (mendengar / bertutur)
b) Kemahiran membacac) Kemahiran menulisPendidikan Seni :
c) Kemahiran melukis
d) Kemahiran mewarnaPendidikan Muzik :
e)Kemahiran menyanyi
5. Penyerapan Pengetahuan
Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan antara stu sama lain dan amat berguna bagi mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Matematik diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran.
Semasa proses ini dijalankan murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah beberapa kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih merancang, produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luasoleh murid juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan disamping itu murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu matapelajarnya yang telah dipelajarinya melalui penyerapan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung isi pengajaran telah dihubungkaitkan dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Guru haruslah bijak memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain bagi meransang minat murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.
6. Kabaikan Penyerapan
Kebaikan Penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya. Kelebihan ke dua ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain,murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif.
Terakhir, murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran mewarna dan melukis sahaja
7. Kesimpulan
Penggabungjalinan dan penyerapan berlaku serentak. Guru mengajar dengan menggunakan isi daripada Alam dan Manusia dan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran Bahasa, Pendidikan Seni, dan Muzik. Mata pelajaran Alam dan Manusia meliputi unsur-unsur geografi, sains, sejarah,sivik, dan kesihatan, dan pengetahuan-pengetahuan lain tentang manusia dan alam sekitarnya.Mata pelajaran Alam dan Manusia tidak diajar secara bersendirian pada tahap 1 tetapi isi kandungan dan kemahiran-kemahiran diserapkan dan dipadukandalam program bahasa. Pada tahap (2), barulah mata pelajaran itu diajar sebagai satu mata pelajaran yang tersendiri. Strategi penggabungjalinan dan penyerapan digunakan secara meluas bagi menyampaikan pengetahuan-pengetahuan Alam danManusia.
No comments:
Post a Comment