Faktor Gaya Pengajaran Guru
Menurut Grasha (1996), Konsep gaya pengajaran guru terbahagi kepada 5 jenis utama iaitu;
• Pakar
• Wibawa
• Model Peribadi
• Pemudah Cara
• Pembahagi
Gaya-gaya tersebut dapat dilihat dalam diri setiap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas. Gaya pakar merupakan guru yang mempunyai tahap pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang tinggi. Biasanya guru yang mempunyai gaya ini merupakan guru yang telah lama mengajar dan menguasai pengetahuan isi kandungan bagi subjek yang diajarnya. Mereka juga sentiasa mencabar kebolehan pelajar-pelajar dengan bertanyakan soalan-soalan di dalam kelas.
Bagi gaya Wibawa Formal, proses pengajaran oleh guru dijalankan secara berstruktur. Proses pengajaran tersebut dijalankan dalam bentuk piawai yang merangkumi matlamat pengajaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah, ekspektasi dan peraturan tingkah laku pelajar seperti yang termaktub dalam perundangan sekolah.
Seterusnya, guru dengan gaya Model Peribadi menggunakan pengalaman mereka sendiri sebagai pengajaran kepada pelajar-pelajar. Dalam proses pengajaran, mereka memberikan panduan dan arahan sebagai tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar bagi melakukan dn memantau sesuatu perkara.
Guru dan gaya Pemudah Cara lebih cenderung bertindak sebagai pemudah cara kepada pengajaran dan pembelajaran serta menekankan interaksi semula jadi personal antara guru dan pelajar. Bagi gaya ini, pelajar akan ditanya mengenai masalah yang dihadapi mereka, kemudian guru akan memberikan cadangan-cadangan untuk pelajar membuat penerokaan.
Bagi gaya pengajaran Pembahagi, pelajar-pelajar dikehendaki bekerja sendirian atau berkumpulan bagi membentuk kebolehan pelajar supaya dapat berfungsi secara autonomi. Guru akan menstrukturkan objektif perbincangan kumpulan atau individu bagi memastikan pelajar-pelajar tidak hilang arah tujuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Rujukan
Grasha, A.F. (1994). A Matter of style: The Teacher as Expert, Formal Authority, Personal
Model, Facilitator and Delegator. In College teaching, Vol 42, issues $ (pp 12-20)
Witkin, H & Goodenough (1977). Field Dependent and Field Independent Cognitive Sytle
and Their Education Implications
No comments:
Post a Comment